Boikot dianggap perlu sebagai cara yang berkesan untuk memberikan tekanan ekonomi dan politik ke atas Israel.
Walau bagaimanapun, sejauh mana tindakan yang perlu dibuat oleh orang Islam di Malaysia mash belum jelas.
Pelbagai pertimbangan berdasarkan keupayaan dan realiti umat Islam di Malaysia dalam melaksanakan hukum boikot, antaranya berdasarkan figh al-waqi'. Penilaian ini merangkumi aspek produk, keperluan dan keupayaan umat Islam untuk menyerap kesan negatif daripada tindakan boikot. Oleh itu, penulisan buku ini sebagai usaha untuk memberikan pendedahan dan pandangan tentang isu boikot produk Israel dalam konteks Malaysia.
Penulisan buku ini bukan sahaja berlandaskan rujukan yang utama, iaitu al-Qur'an dan hadith, bahkan menganalisis fatwa dan fakta menggunakan pelbagai kaedah seperti al-qawa'id al-fighiyah (kaedah figh), al-maqasid al-shar'iyyah (objektif penyariatan hukum) dan al-siyasah al-shariyah (politik Islam). Penulis memberikan penekanan kepada disiplin figh al-jihad dalam penulisannya. Dimuatkan juga dalam buku ini cadangan menangani halangan-halangan dan pelaksanaan tindakan boikot
No reviews found