(DBP) BISIKAN TANAH, AIR, API DAN ANGIN [RAK 51]

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

(Suatu pagi di halaman rumah BENDAHARA. Kelihatan TUN PERAK berwajah duka berdiri di beranda dan merenung jauh. Masuk PEMUDA-PEMUDA menari dan menyanyi "Putera Setia").

Tun Perak puteranya Bendahara Berdukacita menahan rasa Ayahanda disayang kini tiada Meninggalkan pesan tanpa jawatan. Warisan ayahanda hilang dipaksa Jawatan Bendahara bertukar rupa Tun Ali menjulang kuasa Diberi gelar Seri Nara Diraja Melaka.

Tun Perak puteranya Bendahara Taat setianya kekal selama Kepada raja rakyat Melaka Berganjak tidak beralih tiada.
(PEMUDA-PEMUDA keluar. Tiba-tiba suasana kecoh dari luar dan semakin mendekat. Muncul TUN HAMZAH diikuti HUSSAIN, ISMAIL dan DOLLAH).

TUN HAMZAH: Kakanda Tun Perak! Kami semua buntu fikiran melihat laku tuan yang terus berdiam diri. Ayahanda Seri Wak Raja telah tiada. Tun Ali diambil Sultan menggantikan tempat Bendahara. Kakanda Tun Kudu pula diperisterikan Sultan!

No reviews found