[DBP] BIOGRAFI ULAMA MALAYSIA : NIK MOHD MOHYIDEEN WAN MUSA [HARDCOVER] (RAK 06)

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

"Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti". Pepatah ini menggambarkan betapa tiada apa yang perlu ditangisi dengan kehilangan. Namun begitu secara umumnya kehilangan bukan begitu mudah untuk ditukar ganti. Begitulah juga dengan tokoh yang menjadi fokus utama perbincangan buku ini. Nik Mohd Mohyideen Wan Musa yang menjadi pencetus transformasi pendidikan Islam di Malaysia menjadi idola dalam dunia perguruan. Perginya tidak berganti, jasanya tetap dikenang hingga kini. Pengalamannya yang begitu luas dalam pendidikan serta cetusan idea dalam mewujudkan sekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia menjadi pemangkin kepada ketokohan beliau. Keikhlasan dan dedikasi beliau dalam menjalankan tanggungjawab keilmuan serta memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak bangsa turut membangkitkan kesedaran orang ramai bagi penghasilan modal insan dalam masyarakat.

Semoga buku ini mampu membakar semangat masyarakat untuk mencontohi ketokohan Nik Mohd Mohyideen Wan Musa yang memberikan sumbangan dalam setiap perkara yang diamanahkan.

No reviews found