AWANG ABDULLAH, nama asalnya Pui Tiong Gee, dilahirkan di Kelantan pada 10 Jun 1953. Mendapat pendidikan awal di Kelantan dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pendidikan perguruan pula di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru 1971/75 .. Pada 1983, dia belajar di Universiti Malaya. Kini, Awang Abdullah bertugas sebagai Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, Terengganu. Awang mula menulis pada tahun 1970-an dalam genre puisi, cerpen, rencana, skrip drama dan novel. Dia telah banyak memenangi hadiah peraduan menulis puisi dan novel, antara lain Hadiah Sastera 1986/87 bagi sajak "Lukisan Zaman". Hadiah Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak DBP melalui novel Anak Kampung. Sajak "Ini Bumi Pusaka, Tanah Beradat Warisan Warga", memenangi hadiah utama Peraduan Menulis Puisi PNB 1999, Sehingga kini, Awang Abdullah telah menghasilkan lima novel, tiga antologi puisi, satu skrip drama pentas dan biografi JM Aziz: Penyair Berjiwa Besar, DBP 1999 Biografi A. Samad Said ini satu lagi karya Awang Abdullah. Buku ini diusahakan bagi keperluan pengguna pelajar untuk mengenali penulis secara lebih dekat lagi. Lebih banyak lagi penulis penulis novel ini dipilih menjadi teks komponen wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, novel faitu Di Hadapan Pulau. Biografi ini menghuraikan tentang riwayat hidup A. Samad Said, mengenai latar belakang keluarganya, zaman remajanya, pendidikan, kerjaya, aktiviti, sumbangan dan anugerah yang pernah diterimanya. Keseluruhan huraian mengenai tokoh ini diharapkan dapat menambahkan inspirasi pelajar untuk memupuk cita-cita dan kerjaya masa depan mereka.
No reviews found