[DBP] BAHASAKU BELUM MERDEKA [RAK 04]

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

Saban masa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih sahaja dipersoalkan oleh mereka yang mengaku menjadi warga di negara ini. Sepatutnya bahasa Melayu yang merupakan idealisme dan wawasan untuk mewujudkan masyarakat yang padu ini mesti terus menjadi bahasa mercu tanda dan bahasa kejayaan yang boleh menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi sayang terjadi pula sebaliknya apabila bahasa terus menjadi bahan momokan oleh penuturnya sendiri. Peliknya rakyat Malaysia, usahkan mahu membantu mengembangkan bahasa Melayu di Malaysia, menuturkannya pun mereka tidak mahu malah disisih dan terus diperlekehkan pula oleh bukan sahaja majoriti rakyat marhaen Malaysia, tetapi oleh segelintir pemimpin yang rata-rata masih menganggap bahasa Melayu bukannya bahasa kemajuan rakyat dan negara.
Akhirnya, jadilah bahasa Melayu, bahasa anak tiri di tanah airnya sendiri, kerana masih ramainya rakyat Malaysia yang masih jahil terhadap kualiti bahasa kebangsaan mereka sendiri. Lebih teruk lagi, bahasa Melayu mutakhir ini sedang diracuni oleh gelagat pengguna bahasa Malaylish ekoran daripada kebanggaan mereka untuk menerima tsunami globalisasi dan ekonomi digital yang sedang menggila melanda negara ini, sehingga menjadikan mereka akhirnya tidak takut untuk membunuh bahasa mereka sendiri.
Bahasaku Belum Merdeka cuba mengupas semua hal ini dan cuba menjelaskan kembali segala permasalahan bahasa yang menghantui kita saban waktu ini.

No reviews found