[DBP] AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG EKONOMI [RAK 04]

Write a review
RM23.00
Ask a question
Price in points: 23 points
In stock
+

Buku Ayat-ayat al-Quran tentang Ekonomi ini mengetengahkan beberapa petikan ayat al-Quran mengenai konsep penting dalaman ekonomi. Konsep ini dibincangkan mengikut judul yang kebiasaannya terdapat dalam buku ekonomi konvensional. Fokus perbincangan lebih kepada sudut dalaman manusia itu sendiri, seperti tamak, membazir, mementingkan diri sendiri, menuruti kehendak nafsu, kekeliruan matlamat kehidupan, kejahilan, keingkaran mentaati kehendak dan peraturan akidah, akhlak dan syariat Allah. Hal yang demikian ini merupakan antara masalah utama kepada ketidakharmonian kehidupan dalam berekonomi.

Pemilihan judul seperti ini memudahkan para pengkaji menganalisis sesuatu isu berpandukan prinsip al-Quran. Tidak menjadi hasrat penulis untuk memaparkan keseluruhan ayat al-Quran berkaitan dengan sesuatu isu ekonomi, tetapi sekadar memilih beberapa ayat yang dapat mewakili isu yang diutarakan. Manakala tafsiran ayat al-Quran berkaitan dengan isu yang dikemukakan berpandukan tiga kitab tafsir ulama yang berautoriti dan pastinya dapat dipertanggungjawabkan.
Tiga kitab tafsir utama yang dimaksudkan ialah Tafsir Ibn Kathir, iaitu kitab tafsir klasik-muktabar, kitab Tafsir al-Aisar, iaitu kitab tafsir kontemporari berbahasa Arab dan kitab Tafsir al-Azhar, iaitu kitab tafsir kontemporari berbahasa Melayu.
Gabungan kitab tafsir yang berlainan ini membuka ruang yang lebih luas kepada perkembangan dan keluwesan ilmu ekonomi itu sendiri.
Penulis merupakan mantan pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memegang ijazah pertama daripada universiti yang sama (UKM) dalam bidang ekonomi sumber dan alam sekitar kemudian melanjutkan pelajaran ijazah sarjana dalam bidang yang sama di Oklahoma State University (OSU), Amerika Syarikat dan seterusnya ijazah Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Tamadun Islam.
Penulis telah menghasilkan 10 buah buku khusus mengenai ekonomi Islam terbitan DBP. Buku tersebut ialah Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan (1993).
Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan, edisi kedua (2005), Kerjasama Ekonomi Umat Islam (2008), Ekonomi Islam: Pengenalan (2011), Ekonomi Islam: Pengguna, Pengeluar dan Pasaran (2013), Sistem Ekonomi Islam di Malaysia (2015), Ekonomi Islam: Peranan Pemerintah (2015), Ekonomi Islam: Hubungan Perdagangan datam Kerjasama Dunia Islam (2016). Ekonomi Islam: Fiskal dan Kewangan (2018), dan Ekonomi Istam: Pembangunan dan Alam Sekitar (2018).

No reviews found