Buku ini merupakan himpunan kertas kerja penulis yang dibentangkan dalam pelbagai seminar dan persidangan sekitar awal tahun 1990-an. Namun, memandangkan isi, pemikiran dan pandangan dalam kertas kerja ini masih relevan dan berguna kepada generasi masa hadapan, maka kertas kerja ini diterbitkan sebagai sebuah buku. Buku ini menjelaskan tentang asas-asas yang dijadikan landasan oleh kerajaan Malaysia dalam membentuk dasar-dasar yang berkaitan dengan kebudayaan. Buku ini bukan sahaja sesuai sebagai bahan rujukan penuntut universiti dan institut pengajian tinggi, institut pergurusan, pendidik dan pengkaji budaya tapi sesuai juga untuk pembaca umum.
No reviews found