[DBP] ARTIFAK BUDAYA MATERIAL : MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK [RAK 21]

Write a review
RM50.00
Ask a question
Price in points: 50 points
In stock
+

Pengalaman lahir dan membesar di rumah panjang Rantau Kiran di kawasan pedalaman Ulu Medamit, Limbang telah memberikan ilham dan pendedahan kepada penulis dalam memahami dan menghayati seni dan kebudayaan artifak budaya masyarakat Iban di Sarawak.
Masyarakat Iban merupakan sebuah kumpulan masyarakat peribumi yang terbesar di Sarawak dan mereka hidup dan menetap di rumah-rumah panjang. Artifak budaya merupakan peralatan yang sangat penting dalam memobilisasikan kebudayaan dan kesenian Iban dalam menjalankan pekerjaan harian, memenuhi keperluan ritual dan sebagai manifestasi dan simbol penting dalam pengekalan tradisi nenek moyang mereka pada masa lampau.
Artifak budaya masyarakat Iban dikategorikan kepada dua komponen, iaitu warisan dan pusaka. Warisan merujuk artifak budaya yang diwarisi oleh setiap masyarakat Iban daripada seni pembuatannya, kepercayaan dan falsafah budaya, manakala pusaka lebih bersifat peribadi yang hanya diwariskan kepada ahli keluarga.
Penggunaan artifak budaya masyarakat Iban di rumah panjang sangat dipengaruhi oleh kepercayaan nenek moyang yang disebut sebagai Pengarap Lama. Oleh itu, buku ini menjelaskan tentang nilai kebudayaan dan kesenian artifak budaya masyarakat Iban dari beberapa sudut estetika seni dan etnografi budaya.

No reviews found