2001-2008 adalah suatu jarak perjalanan kematangan berfikir, menelaah, dan menuangkannya ke dalam karya kreatif. Dalam jarak waktu ini, pelbagai rona sosial dan politik berlaku di dalam negara mahupn di pentas dunia. Semua ini menjadi cetusan yang kemudian dipupuk supaya subur sebagai karya cerpen yang menyulamselikan antara kehebatan kerja minda dengan kehalusan rasa di jiwa.
Demikianlah kumpulan cerpen Apabila Alam Berbicara ini yang menghimpunkan sudut pandangan seorang wanita dari alam Melayu tentang diri, budaya, dan sosialisasi manusia di sekitar diri dan persada dunia.
Buku yang memuatkan 20 buah cerpen ini boleh dianggap sebagai jejak kembara Rozais al-Anamy dalam gelanggang bahasa dan sastera. Kumpulan cerpen ini menjadi representatif kepada gaya penulisan beliau yang terbina daripada karya terawal (2001) iaitu ketika mengatur langkah pertama ke gapura sastera hingga yang terakhir dihimpunkan pada 2008.
No reviews found