Sir Frederick Aloysius Weld, Gabenor British
berkata, "Adat orang berperang Tuanku ..siapa
yang kalah hilanglah negeri .. siapa yang
menang dialah memerintah. Sekarang Dato
Kelana Syed Aman yang menang ...dialah yang
memerintah dan mempunyai negeri."
"Walaupun baginda Yamtuan Antah sudah
berdamai dengan orang putih .. tetapi kita
jangan berundur selagi berdaya. Selagi darah
merah masih mengalir dalam tubuh kita, selagi
itulah kita akan meneruskan perjuangan
sehingga tidak seorang pun orang putih yang
berada di negeri kita!" Suara Tok Jenohar terus
bergema. "Alam sudah mengajar kita menjadi
manusia yang semakin matang. Perjuangan
akan tetap diteruskan . kerana kebenaran
yang tuanku sudah suburkan.. tak mungkin
dapat dihilangkan begitu saja."
Rakyat Seri Menanti tidak pernah gentar untuk
berperang. Anak muda Tanah Mengandong sanggup
mati di medan perang, demi mempertahankan Negeri
Sembilan daripada mati di rumah sebagai pengecut.
Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah
terakhir, asalkan Negeri Sembilan selamat daripada
penjajahan bangsa asing, lebih-lebih lagi untuk
menentang bangsa sendiri yang bersekongkol dengan
orang putih. Bangsa sendiri ni ialah "anjing-anjing
orang putih" yang lebih bahaya daripada orang-putih
itu sendiri!
No reviews found