Buku bergambar Anak Gunung Selat Sunda mengandungi 172 foto. Foto ini penulis ambil sejak Mei 2004 sehinggalah November 2019 di beberapa buah kota, gunung dan pulau Indonesia. Usaha kerdil ini merupakan dedikasi beliau kepada rakyat Indonesia yang beliau kenali secara dekat sewaktu lawatannya sekitar 46 kali ke Indonesia sejak April 1995 - dari Banda Aceh ke Makassar.
Lawatan penulis yang berulang kali itu adalah sebagai ahli akademik, ahli profesional perubatan dalam bidang psikiatri serta sukarelawan kemanusiaan. Beliau ialah keturunan generasi keempat daripada golongan migran ke Johor dari Kendal (moyang sebelah ayah) dan dari Semarang (moyang sebelah ibu) yang meninggalkan Jawa Tengah pada dasawarsa 1870-an.
No reviews found