Penyerahan Sarawak kepada British telah mendapat bantahan yang hebat daripada rakyat tempatan. Rosli Dhobi merupakan salah seorang pejuang yang begitu lantang menentang Undang-undang Penyerahan tersebut melalui penglibatannya dalam Pergerakan Pemuda Melayu Sibu. Banyak cara yang telah dilakukan oleh gerakan antipenyerahan ini seperti bantahan secara beramai-ramai, menampal poster dan menggantung sepanduk. Atas semangat perjuangan yang tinggi, Rosli Dhobi mula menukar corak perjuangannya ke arah lebih radikal kerana beranggapan perjuangan dengan menggunakan kaedah demonstrasi, tidak berjaya menggugat kekuasaan Inggeris di Sarawak.
No reviews found