Evolusi kuala lumpur adalah sebuah buku yang merentasi 50 tahun kuala Lumpur di bawah pengurusan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Buku ini bukan
sebuah buku sejarah walaupun memaparkan fakta-fakta
terpilih tentang engurusan dan pembangunan Kuala
Lumpur, Sisi penulisan buku ini juga dipaparkan daripada
sisi dalaman, iaitu sisi pengurusan yang lazimnya tidak
diketahui oleh ramai orang. Walaupun ditulis dengan
pendekatan yang santai agar pembaca lebih mudah
menghadam isi kandungannya, fakta yang dikongsikan ini
adalah sahih daripada dua sumber utama, iaitu Laporan
Tahunan DBKL serta temu bual dengan individu-individu
berwibawa yang pernah berkhidmat dengan DBKL
Penulisan buku ini memaparkan Kuala Lumpur bermula
daripada penamaannya sebagai sebuah bandar raya yang
pertama d alaysia. Sepanjang tempoh 50 tahun ini
banyak perubahan, perkembangan dan pembangunan yang
berlaku. Peľbagai faktor luaran memberikan impak kepada
pembangunan Kuala Lumpur, dan 1eraju utama Kuala
Lumpur adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama jentera
pelaksananya iaítu DBKL Hatta buku ini tidak dapat
memaparkan segala-gala yang berlaku selama 50 tahun,
kepada pembaca untuk memahami evolusi Kuala Lumpur
sekurang-kurangnya buku ini dapat membuka jendela
sepanjang tempoh tersebut.
No reviews found