Dari Perang Besar ke Putrajaya

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Berdasarkan laporan kajian The Proposal To Shift Government Office Outside Kuala Lumpur, bertarikh April 1993, terdapat 6 tapak cadangan awal . Sehubungan itu, pihak kerajaan telah memilih kawasan Ladang Perang Besar yang terletak di daerah Sepang sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang baharu, yang dinamakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Perang Besar dan kemudiannya dinamakan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Putrajaya adalah sempena nama Almarhum YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama. Bagi merealisasikan perancangan pembangunan, satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan pada Disember 1993 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada masa itu, Allahyarham YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Pada 29 Ogos 1995, Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Pelancaran Pembangunan Putrajaya dan mercu Tanda Putrajaya sebagai tanda bermulanya pembangunan Putrajaya.

Kisah dan peristiwa ini dicatatkan secara kronologi dalam buku ini dan juga beberapa cebis coretan pengalaman mereka yang terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembangunan awal Putrajaya yang diceritakan secara santai dan bersahaja oleh beberapa orang bekas pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya, mantan CEO Putrajaya Holdings dan juga daripada pihak pemaju Putrajaya serta firma perunding yang terlibat. Mereka menulis mengikut pengalaman, peranan dan profession masing-masing sebagai jurutera, atau perancang bandar, atau juruukur tanah, akauntan/juru audit, pengurus taman dan landskap serta pengurus dan pentadbir tanah. Semoga coretan dalam buku ini dapat dikongsi dan memberi faedah kepada pembaca sekalian.

No reviews found