===========================
ISBN:9789832672999
ISBN:9789832672999
Jumlah Muka Surat: 297
Berat (Kg): 0.455
===========================
Berat (Kg): 0.455
===========================
Novel ni menceritakan bagaimana kisah Syamsul Hadi, seorang pemuda yang pandai ilmu Matematik dan suka dengan cabaran. Selepas beliau lulus SMA, beliau telah membuat keputusan untuk ke Pesantren dan akhirnya beliau ke Pesantren Al Furqon, Pagu, Kediri, Jawa Timur. Itu pun setelah dicadangkan oleh seorang gadis cantik dan solehah iaitu Cik Zizi atau nama lengkapnya Zidna Ilma. Selepas kira-kira 9 bulan di pesantren itu, beliau menunjukkan potensi belajar yang sangat luar biasa tetapi malangnya tak lama selepas itu dia telah difitnah mencuri. Sehingga akhirnya dia di hukum dengan dibotakkan dan di keluarkan secara tidak terhormat dari pesantren tersebut.
Keluarga Syamsul sendiri sudah tidak menghargainya kerana kebanyakan ahli keluarganya percaya bahawa beliau sememangnya seorang pencuri! Akhirnya, Syamsyul lari dari rumah dan menjadi pencuri sebenar kerana terdesak untuk hidup setelah beliau tidak dapat kerja.
Syamsul selepas itu dimasukkan kedalam penjara setelah ditangkap orang ramai ketika kali pertama beliau ingin mencuri. Walaubagaimana pun, beliau beruntung kerana adiknya, Nadia telah mengikat jamin beliau dan dibebaskan selepas itu. Beliau kembali menjadi pencuri selepas itu, sehingga beliau mendapat kerja sebagai guru mengaji di kediaman orang-orang kaya.
Kerjayanya itu sedikit sebanyak membantunya mengubah kembali hidupnya untuk menjadi hamba-Nya yang soleh. Beliau jadi semakin terkenal selepas beberapa siri ceramah yang beliau sampaikan sehingga masuk dalam televisyen. Melalui pekerjaan itu juga, dia mengenali seorang gadis yang cantik iaitu Silvie.
Setelah semua orang tahu, bahawa Syamsul sememangnya difitnah, beliau telah merancang untuk melansungkan perkahwinan dengan Silvie setelah Syamsul dipinang keluarga Silvie ( tengok, perempuan pinang lelaki beb! ). Namun, hajatnya tak kesampaian setelah Silvie terlibat dengan kelamalangan dan meragut menyawanya.
Hidup Syamsul kian lusuh. Beliau tidak lagi meneruskan lagi usahanya sebagai seorang dai'e dek sedih dengan kematian tersebut. Akhirnya, selepas pujukan keluarga dan Zizi, beliau kembali pulih dan meneruskan usahanya sebagai dai'e dan sekali lagi dilamar oleh Kiai Miftah ( abang Zizi ) untuk adiknya.
No reviews found