Kesinambungan iltizam memasyarakarkan saster, dan memartabatkan kedudukannya di peta tamaitun bangia Menerus hundab mi. Kumpulan Utusan membert rangsangan untuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baharu dan memupuk wingamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, bersen, dan tinggi nilainya dalam getar waktu
Cady Juntor
Saya memulakan cerita saya ini dengan kedatangan Guru Shand Kader, kerana dia datang bersama anak gadisnya bernama Puteh. Jika dia datang dengan anak terunanya, cerita saya tidak akan bermula atau tidak menarik sama sekah, dan tentu sahaja mudah ditebak kemungkinannya seperti pementasan drama Arthur Llyod di Dewan Glasgow. Puteh telah membuka satu dimensi lain dalam kehidupan saya, seperti penemuan sebuah dataran baharu di benua lain, yang sebelumnya tidak berani diletak bendera oleh para pelayar.
Putch:
Aku tidak mahu melukis peta dunia. la kedengaran berlebih-lebihan, seperti Sharif Omar yang cuba menjadi salah seorang daripada manusia tamadun putih. Aku hanya mahu melukis sebuah peta tentang bumi yang kupijak ini-peta Borneo Utara! Setelah itu, aku mahu menulis kisah kehidupan di sini, yang berhadapan dengan kuasa aneh yang sedang mengatur kehidupan mereka, kehidupan kami sebenarnya. la bermula selepas ladang tembakau dan lombong minyak menjadi anak kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
No reviews found