Communicate Like Muhammad Ahmad Saifuddin Yusof

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Tiga perkara akan disedari apabila membaca buku ini; 1. Nabi Muhammad sebagai model terbaik untuk dicontohi teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi. 2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat. 3. Komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif. Buku ‘Communicate Like Muhammad’ bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Mungkin ada perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita. Justeru, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari. Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain. Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. Hanya 3 langkah. Baca, faham, buat.

No reviews found