"Rafeah. Apa punya nama tu? Tak komersil langsung. Siapa tu?" Kening Arman berkerut-kerut tanda dia sedang berkira-kira meneka tentang si empunya nama. Dia tidak pernah terdengar nama itu disebut-sebut sebelum ini. Kebiasaannya kalau awek itu glamor, cun pula, memang selalulah diperbualkan di asrama. Tetapi dia tidak ingat nama itu dibualkan. Tidak, walau di mana pun, tidak sesekali.
"Memang kau tak kenal pun. Budak hingus lagi, baru form one. Entah, aku pun tak faham apa yang Si Gaban ni berkenan sangat. Nak kata seksi, badan macam papan lapis. Muka dia, mak datuk... macam bulan... penuh dengan lopak-lopak jerawat. Aku kalau dia suruh menghendap, free-free pun aku tak nak." Mat Skodeng menambah penjelasan. Bibirnya dicebirkan seperti jijik sangat dengan perempuan bernama Rafeah itu.
No reviews found