Kata orang, cinta ilu perlukan pengorbanan. Kata-kata itulah yang sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil, Kata-kata yang sekadar angin lalu di cuping telinga. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dengan Adzim dan Amirul. Dua lelaki yang bermula dari pangkal nama dan latar belakang keluarga yang sama namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dalam masa yang hampir sama.
Dia mencintai Adzim kerana nama itu yang terdahulu menduduki tahta hatinya. Namun kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yang memaksa dia melupakan semua impian yang telah dianyam secara sedar.
Tika hatinya luka berdarah, Amirul kembali hadir membebat luka. Lelaki yang dianggap sebagai abang pada mulanya, telah berupaya menjadi teman, sekali gus penghuni hati setelah dibelai dengan keprihatinan lelaki itu. Perasaan yang sama-sarna dibajai itu akhirnya merimbun segar menjadi kuntum-kuntum cinta yang mekar mewangi.
Namun saat cinta itu ingin disimpulkan di singgahsana abadi, Adzim kembali hadir menuntut janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu siibu yang telah kembali sedar bahawa cinta yang abadi tidak mungkin bisa dipisahkan. Tegakah Zalia membuat keputusan hati siapa yang harus dilukakan?
No reviews found