[TOMO] CERITA LIPUR LARA AWANG SULUNG SI JAMBUL LEBAT | SIRI KAJIAN LIPUR LARA | DBP [T2]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
9789834928094
In stock
+

Awang Sulung Si Jambul Lebat merupakan karya sastera tradisional bercorak cerita dan tergolong dalam sastera rakyat dalam genre lipur lara, yang dirakam daripada penglipur lara bernama Wan Abd. Rahman bin Wan Mohamad di Kuala Jengal, Hulu Dungun, Terengganu. Cerita ini disampaikannya secara berlagu tanpa iringan muzik. Cerita yang dirakamkan ini kemudiannya ditranskripsikan oleh Saidi Azhar bin Md Salleh dari Muzium Negeri Terengganu untuk mengekalkan sebaik mungkin dialek yang digunakan. Pengekalannya berkemungkinan akan menarik perhatian pengkaji lain untuk mengkajinya secara lebih mendalam tentang pewarnaan setempat dan aspek-aspek lain lagi yang difikirkannya wajar.

Penelitian dimulai dengan sinopsis ceritanya, unsur-unsur yang membangunkan struktur ceritanya, hubungan cerita dengan sosiobudaya dan sejarahnya serta hubungan cerita dengan penglipur lara sebagai pewaris cerita daripada generasi yang terdahulu. Lingkungan cerita akan berkisar pada sosiobudaya masyarakat setempat yang banyak memainkan peranan penting dalam pergerakan cerita dan seterusnya membentuk tatamasyarakat yang bersifat normatif, yang mempunyai aturan yang tersendiri.

Genre lipur lara juga dikenali sebagai sastera lisan kerana penyebarannya berlaku secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain sebagai pewarisnya. Istimewanya genre ini terletak pada ceritanya yang mengisahkan kehidupan dan pengembaraan putera raja dengan segala rintangan yang mendatanginya dan bagaimana putera raja menyelesaikannya. Kandungan isi cerita dikuatkan lagi dengan corak persembahannya. Cerita lisan yang disampaikan oleh pencerita yang profesional sering menjadi menarik kerana kemahirannya semasa berintonasi, sesuai dengan perasaan dan fikiran watak dalam ceritanya. Alat muzik seperti gendang, rebab dan batil biasanya digunakan oleh pencerita profesional sebagai iringan semasa bercerita.

No reviews found