CASH FLOW UNTUK WANITA
Penulis: Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad
ISBN: 978-983-097-654-9
Harga: RM 18.00/ RM 20.00
SINOPSIS
Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.
Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?
Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.
Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.
Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
SHAMSUDDIN KADIR
Pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn. Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Beliau adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan mengendalikan klien-klien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan lain-lain.
Sering diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum, Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan Tanyalah Ustaz.
Pernah menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis berbelas-belas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan motivasi diri.
Beliau boleh dihubungi di 03-4142-5300 atau e-mel [email protected]/ [email protected] untuk sebarang undangan ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.
No reviews found