Save 15%

Cashflow untuk Lelaki (Q2)

Write a review
Old price: RM25.00
RM21.25
You save: RM3.75 (15%)
Ask a question
9789830976747
Out of stock

Jangan baca buku ini sekiranya:

 Kita sudah beli rumah sewaktu umur 25 tahun ke bawah.

 Kita berbelanja kurang daripada duit gaji.

 Kita ada sumber pendapatan bulanan kedua dan ketiga yang bukan MLM.

 Kita sudah pandai guna duit orang lain untuk beli rumah.

 Kita pandai guna duit orang lain untuk melabur.

 Kita sudah beli rumah dengan 90 peratus diskaun.

 Kita beraya ikut Islam bukannya orang Islam.

 Kita tahu modus operandi semua skim cepat kaya.

 Kita tahu bagaimana untuk mengetahui apabila duit kita menjadi berganda.

 Kita sudah membeli emas yang dikecualikan daripada GST pada setiap bulan.

 Kita dapat membezakan antara Skim Betul dan Skim Tipu.

 Telefon bimbit yang kita pakai itu dibayar oleh orang lain.

 Ansuran kereta kita dibayar oleh orang lain. Buku ini dikhususkan untuk para lelaki yang merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Besar tanggungjawab lelaki, bahkan di dalam Islam sudah menetapkan lelaki yang perlu menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada keluarganya. Sekiranya bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah ke atas anakanaknya. Justeru, buku ini memberi panduan dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif agar perancangan ekonomi keluarga lebih teratur dan terancang.

MAKLUMAT PENULIS:

Pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn. Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan mengendalikan klienklien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan lainlain. Sering diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum, Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan Tanyalah Ustaz. Pernah menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis berbelasbelas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan motivasi diri. Beliau boleh dihubungi di talian 0105001500 atau 0341425300 atau emel [email protected]/[email protected] untuk sebarang undangan ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.

No reviews found