"Yalah, santau pun santau ke Melayu. Tuju-tuju pun tujukan Melayu. Cuba tuju restoran mamak ni. Ha, takut engkau! Bila dikata begitu, pintar pula lidah mereka menjawab, "Engkau tak tahu mamak punya santau." Engkau jangan main-main!.."
-Jamal Mursudur, Pelayan Restoran Nasi Kandar
*.Pengaruhlah puncak kepuasaan. Pengaruhlah yang melayakkan manusia menjadi tuhan di dunia. Sekadar berharta, belum tentu dapat menjadi tuhan. Menjadi malaikat pun belum tentu. Pengaruh melengkapkan penguasaan.
Berharta tapi tidak punya pengaruh umpama menebang balak mengunakan gunting.." - Dato' Ja'far Ibrahim, Tokoh Peniagaan
Hang Tuah dulu orang bangsawan. Hang Tuah pun sukakan emas. Hang Tuah pun bernilai. Semangat saka kita bersama.
Celaka mana yang meletakkan Hang Tuah ini sebagai panglima lima bersaudara yang diutus Maharaja China untuk menyelamatkan Puteri Hang Li Po?.."
- Fauzi, Vibe of Cash
..Jangan tanya di mana rumah aku, di mana aku tinggal, di mana aku tidur. Aku rakyat Malaysia. Setiap tapak tanah bertuah ini, hak aku juga, Malaysia ini rumah aku. Aku boleh tidur di mana-mana.."
-Atan, Tiada Data
No reviews found