Buku Teks Digital Bahasa Melayu Tahun 1 SJK KSSR ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1.
Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.
Melalui penggunaan Buku Teks Digital Bahasa Melayu Tahun 1 SJK KSSR ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.
Bagi fasa permulaan, buku teks versi bercetak akan kekal digunakan seperti biasa. Pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF.
No reviews found