BTS : BUDAK TAKUT SUBJEK SEJARAH [BLINK]

Write a review
RM12.00
Ask a question
Price in points: 12 points
978-967-2865-14-8
In stock
+

Mira Faizah seorang gadis Melayu yang dilahirkan di UK. Dibesarkan dalam slanga mat saleh selama dua tahun. Mira mengidolakan negara Korea. Negara kelahiran pujaan hatinya, BTS V! Taehyung- The Most Handsome Man in The World!

 

Gadis yang terlampau obsesi dengan BTS ini gembira bukan kepalang apabila sahabat baiknya, Riena Dania dijemput menyaksikan konsert BTS di GBC, Malaysia! Dia adalah orang yang paling riang sekali.

 

Namun, impian bukanlah sesenang itu untuk dikecapi. Mempunyai ayah yang setegas Mat Kilau membuatkan hati Mira kecut perut. Dia pun tidak faham kenapa si ayah begitu keras dengannya. Bila diri memuji kepandaian British membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan… pastilah ayahnya orang pertama yang teruk membangkang! Jika dia mahu menjadi hijabi yang menari KPOP, abangnya pula mengeluarkan dalil keharaman! Dia mesti pergi ke â€˜Cinema Concert’ BTS walaupun dengan cara menipu orang tua.

 

Sepandai-pandai tupai melompat, mustahil tidak akan jatuh menyembah bumi. Alasan yang diberikan kepada ayah adalah mahu belajar subjek Sejarah dengan Riena. Si ayah ragu-ragu. Kurang rasa percaya dengan inisiatif sendiri si anak. Si ayah menyatakan syarat iaitu… wajib si abang, mengikut sama.

No reviews found