BTS : BUDAK TAKUT SUBJEK MATEMATIK [BLINK]

Write a review
RM12.00
Ask a question
Price in points: 12 points
978-967-2865-28-5
In stock
+

Ain Abdul merupakan anak panitia Matematik di Sekolah Sri Bangsar. Ironinya dia tidak sukakan matematik kerana selalu mendapat markah C. Segala-galanya berubah apabila dia begitu mahukan tiket konsert BTS. Selaku ARMY yang begitu menggemari Jimin, dia betul-betul mahu memujuk ibunya supaya mengizinkannya pergi ke konsert tersebut.

Ibunya, Puan Kenchana Dewi setuju dengan permintaan itu dengan satu syarat; Ain Abdul mesti mendapat markah gred A+ dalam subjek matematik.

Guru matematik mencadangkan Ain pergi berjumpa seorang rakan sebaya iaitu Lisha Sandra. Pelajar itu

dikatakan sangat bijak dalam matematik hingga sering memenangi pertandingan matematik kebangsaan. Apa yang menggerunkan, Ain perlu berkawan dengan Lisha yang sering diejek sebagai Budak Tiga Suku. Ini kerana Lisha mempunyai perangai pelik iaitu suka ketawa terbahak-bahak tanpa sebab atau mencederakan diri tanpa sedar.


No reviews found