BTS : BUDAK TAKUT SUBJEK ENGLISH [BLINK]

Write a review
RM12.00
Ask a question
Price in points: 12 points
978-967-2865-13-1
In stock
+

Riena Dania, pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan seorang selebriti TikTok dek kerana minatnya terhadap kumpulan Kpop BTS yang begitu mendalam, terutamanya kepada Jungkook.

 

Satu hari, berita Sekolah Zara Damansara akan mengadakan program pertukaran pelajar ke Korea mula tersebar. Cepat-cepat dia mahu memohon. Akan tetapi, syarat tidak menyebelahi dirinya dek kerana keputusan Bahasa Inggeris hanyalah bertaraf C+, sedangkan pelajar yang mahu memohon wajib mendapat gerd A+.

 

Hancur luluh harapan Riena. Namun, dia tidak berputus asa. Pengaruh ibunya yang juga merupakan timbalan pengerusi persatuan PIBG sekolah mahu disalah guna. Si ibu tidak mahu membantu, malah Riena dihukum. Segala barangan berunsur BTS disita dan bagi menebus semula, dia perlu mendapat A+ dalam Bahasa Inggeris dalam peperiksaan akan datang.


No reviews found