ISBN: 9789672013037
Penulis: Zamlop Haron
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 128
Dulu, Lope adalah seorang jurutera yang berkhidmat di atas kapal-kapal dagang. Di waktu senggang, dia menulis 'teka-teki' pada reja-reja kertas timah rokok tentang laut, tentang selat, tentang teluk, tentang terusan, tentang ombak, tentang bayu, tentang langit, tentang awan, tentang bulan purnama dan bintang timur, tentang cencaru, tentang camar, tentang sampan kecil, tentang pelabuhan, tentang Brenda, dan tentang lain-lain.
Kemudian, Lope mencantum-cantumkan kertas timah rokok itu sehingga menjadi sebuah buku. "Ini adalah sebuah buku 'teka-teki' tentang kehidupan. Kehidupan yang mungkin tak semua orang akan dapat jawapannya dengan tepat." Kata Lope sambil menyeringai macam orang cuba-cuba nak menipu buat pertama kali dalam hidup.
Kini, Lope tidak lagi belayar dengan mana-mana kapal. Bertugas sebagai Pengurus di salah sebuah projek LRT di Lembah Klang, apabila ditanya kenapa beralih arah daripada kapal ke LRT, dia menjawab, "Usia pun dah semakin hendak melabuhkan sauhnya ni...Mana larat nak main laut selamanya, bro. Tulis bukulah pulak, kennnn!"
Kalau sesekali rindunya pada laut menjengah-dia akan menyelam ke dasarnya; mengulit penyu, jerung, dan terumbu karang. "Sekali pelaut, maka selamanya pelaut, bro!" Kata Lope.
Selain daripada menulis kisah-kisah di laut, Lope juga menulis kisah-kisah di daratan. Jadi, marilah kita sama-sama menikmati cerita-cerita Lope yang penuh dengan pasang surutnya ini.
No reviews found