Tajuk : Set Khulafa' Al-Rasyidin
ISBN : SKAR01
Penulis : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Halaman : Hitam Putih
Berat (Kg): 3.46
Tahun Terbit : 2022
Format : Boxset Hardcover (percuma penanda buku dan poster)
Dimensi (Cm) : 25cm x 17cm x 13.5cm
SINOPSIS:
Siri Fiqh Siasah Khulafa' al-Rasyidin ialah kesinambungan daripada siri Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiyyah. Himpunan karya kali ini merupakan hasil garapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap politik kenegaraan daripada kepimpinan Khulafa' al-Rasyidin yang dikurniakan petunjuk.
Penulis tidak sekadar menghuraikan aspek sejarah Islam, bahkan membangkitkan semangat perjuangan generasi awal Islam. Dalam pada itu, penulis turut menganalisis asas tadbir urus dan prinsip politik yang menjadi asas pemerintahan para Khulafa' al-Rasyidin sebagai panduan kepimpinan umat yang sangat rencam pada hari ini.
Hakikatnya, penulis cuba mengembalikan jati diri umat Islam agar yakin untuk kembali memimpin, di samping memberikan pencerahan terhadap cabaran jatuh bangun generasi terdahulu. Mudah-mudahan, terbitan kali ini mampu menjawab kekeliruan dan menjernihkan kefahaman para pembaca.
Selamat membaca!
No reviews found