Antara hadith sahih dengan hadith dhaif, sudah tentu hadith sahih yang wajib menjadi pegangan orang-orang Islam. Masih banyak bab dalam hadith sahih yang belum dipelajari oleh umat Islam baik hadith yang menyentuh akidah, hukum hakam mahupun yang berkaitan dengan adab dan akhlak. Namun oleh kerana masyarakat Islam di Malaysia kurang didedahkan dengan pembelajaran ilmu hadith sebagaimana yang berlaku akhir-akhir ini oleh beberapa orang tokoh dalam bidang hadith, maka tidak ada isu yang timbul berkaitan dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini. Setelah pengajian ilmu hadith mulai tersebar dengan meluas baik menerusi kuliah di masjid dan surau mahupun menerusi atas talian, ia telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat kerana mereka melihat itulah ajaran sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya dan ia mudah dihayati dan difahami mereka. Daripada situ juga mulai timbul pelbagai pandangan masyarakat terhadap hadith dhaif dalam perundangan Islam dan fada’il al-a’mal. Apalagi hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith hasan dan hadith sahih. Ada golongan yang menolak dengan keras amalan terhadap hadith dhaif meskipun dalam lapangan fada’il al-a’mal dan ada pula yang mengambil sikap yang pertengahan. Inilah yang sedang diusahakan oleh buku ini untuk dijelaskan kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan masyarakat awam bagi mengetahui secara lebih mendalam tentang perbezaan pendapat ulama dalam beramal dengan hadith dhaif dalam lapangan perundangan Islam dan fada’il dan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
No reviews found