Save 15%

BIOGRAFI AGUNG SHEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANKABAWI (L188)

Write a review
Old price: RM50.00
RM42.50
You save: RM7.50 (15%)
Ask a question
9789678607704
Out of stock

Format: Paperback
ISBN: 978-967-86-0770-4
Pengarang: Dr Mat Rofa Ismail
Tahun Terbit: 1 April 2017
Jumlah Muka Surat: 528

=====================

Sheikh Ahmad Al-Khatib ialah tokoh dunia Islam keseluruhannya. Beliau lahir pada tahun 1860 dan meninggal pada tahun 1916. Beliau pernah bertugas sebagai imam dan khatib Masjidil Haram yang melambangkan ketinggian ilmunya.

Beliau diiktiraf sebagai ulama dunia Islam dan tersenarai sebagai ulama Makkah yang berwibawa dalam mazhab Imam Al-Syafii dalam Al-A'lam Al-Makkiyyah yakni senarai ulama besar Makkah.

Sheikh Ahmad Al-khatib Al-Minankabawi menguasai pelbagai ilmu warisan dan ilmu moden termasuk matematik, falak, ekonomi dan kemasyarakatan. Dalam jangkamasa hayatnya, beliau menghasilkan puluhan kitab dan risalah yang menjadi obor umat sepanjang zaman.

Kitabnya, masih dipelajari dan dikaji dalam pelbagai wadah ilmu. Beliau mengeluarkan fatwa, menjadi guru, penasihat dan pendamai umat.

Kesepaduan ilmu aqli dan naqli dalam tulisannya menjadi simbol ilmuwan Islam zaman keagungan yang dijelmakan oleh ilmuwan Melayu kurun ke-19.

Pengaruh pemikirannya melebar ke seluruh dunia Islam khususnya ke seluruh pelusuk kepulauan Malayonesia yang dikembangkan oleh pelajarnya yang bertaburan ibarat kerdipan bintang yang menjadi panduan pengembaraan umat.

No reviews found