[TOMO] BICARA TENTANG TULANG oleh FARID CHE GHAZALI | DBP [T2]

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Buku ini menghimpunkan pelbagai maklumat terkini tentang tisu dan biologi tulang. Objektif penulisan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang tulang yang dipapar berdasarkan penelitian ilmiah dan maklumat terkini daripada beberapa kajian sains tulen dan rencana tentang perubatan kuno dan moden yang kompleks tentang latar belakang dan inovasi tetapi kini telah berkembang pesat mengikut peradaban masa.


Buku ini ialah huraian ilmu yang berpaksikan kehidupan serta adaptasi manusia dengan alam sekitar. Penulisan buku ini merupakan pengetahuan asas yang menggabungkan ilmu anatomi-fisiologi dan biomekanik yang berhubung kait dengan bidang seperti biologi pembentukan-pembiakan dan genetik molekul. Biologi pembentukan pembaikan sebenarnya merangkumi pengetahuan asas bagaimana janin terbentuk menjadi jasad tubuh yang sempurna dan bagaimana unsur maklumat genetik seperti DNA dan RNA memainkan peranan dalam pembentukan tulang, tisu penghubung dan tisu asas pada tubuh manusia.

No reviews found