PERJUANGAN, NIAN MENEGAKKAN KEBENARAN (andaikan pelayaran nan merayakan kemenangan)
Langit
Bahteraku, terus lancar berlayar dengan tenang Di laut lepas yang ganas berdebur gelombang Tegarnya ribut barat, muslihat menerajang kencang Dari pelbagai penjuru maya datang menyerang Tegak teguh tiang cogan tidak tumbang Utuh rapi tali kemudi tidak regang "Sekali layarku udah berkembang Tersisip sumpah keramat nenek moyang Laksamana itu amanah: Berjuang terus berjuang
DATO' DR IBRAHIM GHAFFAR Penasihat BeTA, Sanggar Abadi Kapar, Selangor
No reviews found