[BIBLIO] Preskripsi Kucing Buat Anda. Oleh Syou Ishida

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

"Klinik Jiwa Doktor Kokoro Nakagyou" yang terletak di lorong suram di tengah-tengah bandar Kyoto. Apabila pesakit yang diselubungi kegelisahan jiwa datang berkunjung, doktor muda yang bersahaja itu tidak memberikan preskripsi ubat. Sebaliknya seekor kucing hidup?!

Dalam kebingungan, para pesakit menerima "dos kucing" tanpa rela. Nakal, lincah, sensitif dan perlu jagaan rapi. Namun, comelnya kucing yang mengisi kehidupan, perlahan-lahan mengubah landskap hati mereka.

[Bee] Betina, baka campuran, anggaran 8 tahun, suka mengasah kuku.

[Margo] Betina, baka campuran, anggaran 3 tahun, boleh tahan lasak.

[Tangerine] Betina, Ragdoll, 4 tahun, suka bersosial dengan manusia.

[Mimita] Jantan, Scottish Fold, 6 bulan, sangat aktif.

[Chitose] Betina, Calico, lebih kurang 3 tahun, angin tidak menentu.

Lima buah kisah jalinan kasih sayang antara manusia dan kucing. Tentang si bulus yang menjadi penawar gundah gulana jiwa manusia.

No reviews found