"Setiap cerpennya mempunyai misteri yang tersendiri, mempunyai cerita dalam cerita, peleraian rahsia dan kisah yang diselindungkan, yang memohon kita untuk mengopaknya, satu per satu, seperti bawang yang berlapis-lapis kulitnya."
-Fadli al-Akiti
Himpunan 13 buah cerpen yang melangkaui pelbagai ruang etnik, melanggar tabu, menyelit sindiran kritikan sosial, menyelusuri keindahan dunia, real magis dan membuka sisi-sisi gelap manusia.
Kumpulan Cerpen Pita Suata Mona Fandey adalah bukti keberanian M.Navin menyelak cerita-cerita kecil dan menghamparnya menjadi sebuah lautan.
No reviews found