(BIBLIO) Dinasti Bugis Dalam Sejarah Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Buku ini bertujuan untuk menerangkan, membincangkan dan menganalisis tentang sejarah pengaruh masyarakat Bugis di Semenanjung Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis dalam empayar Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Buku ini juga menjelaskan bagaimana dan mengapa másyarakat Bugis yang berasal dari Semenanjung Sulawesi Selatan migrasi secara besar-besaran ke bahagian barat Kepulauan Alam Melayu iaitu di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Sumatera pada akhir abad ke-17 Masihi. Penyebaran tersebut telah mempengaruhi sistem pentadbiran beberapa buah kerajaan di bahagian barat Kepulauan Alam Melayu termasuklah Kerajaan Johor. Buku ini menganalisis latar belakang kesemua sepuluh orang Yang Dipertuan Muda Bugis, cara pentadbiran mereka dan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pentadbiran mereka, terutamanya bersumberkan Kitab Tuhfat al-Nafis karangan sarjana ulung dalam kalangan kerabat mereka iaitu Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad. Dibincangkan juga serba sedikit tentang Kesultanan Riau-Lingga, salah satu daripada tiga kesultanan yang dipecahkan daripada Kesultanan Johor. Ini kerana Kesultanan Riau-Lingga adalah penerusan warisan Yang Dipertuan Muda Bugis dalam Kesultanan Johor yang dipecahkan oleh dua kuasa Eropah ketika itu iaitu Belanda dan Inggeris pada awal abad ke-19 M. Bagaimana hal itu terjadi juga dianalisis dalam buku ini. Penglibatan dan pengaruh masyarakat Bugis dalam hal ehwal istana Kesultanan Johor dan Riau-Lingga telah meninggalkan pelbagai legasi dan warisan yang berharga pada sejarah rumpun Kepulauan Alam Melayu. Oleh itu, buku ini juga menganalisis warisan dan legasi mereka terutamanya dalam bidang persuratan dan kesusasteraan Alam Melayu-Islam.

No reviews found