Batu Puteh yang juga dikenali sebagai Pedra Branca pernah menjadi rebutan dan pertikaian antara Malaysia dengan Singapura. Sebagai jalan penyelesaiannya, kedua-dua buah negara bersetuju dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Meskipun hanya merupakan sebuah batuan dan menurut takrif rasmi bukannya sebuah pulau, lokasi Batu Puteh amat strategik dan boleh mencetuskan persaingan geopolitik.
Dengan mengambil iktibar daripada kehilangan kedaulatan terhadap Batu Puteh, penulis secara kritis menganalisis bahawa dominasi ruang geografi merupakan faktor runcing dari segi hubungan serantau dan antarabangsa.
No reviews found