Buku Bibik, Mentor Kewanganku ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis
dalam tempoh lebih setengah abad menjalani kehidupan dan berusaha untuk
mentransformasikan rezeki secupak yang ada kepada segantang.
Akibat daripada pandemik Covid-19, ekonomi dunia sedang menuju ke arah
kegawatan ekonomi yang parah. Dalam masa yang sama, semakin ramai orang
kehilangan pekerjaan. Setiap 10-15 tahun, ekonomi dunia akan beralih daripada
kemakmuran kepada kegawatan sebelum kembali semula kepada kemakmuran.
Dua persoalan berikut menjadi petunjuk sama ada buku ini sesuai untuk anda atau
tidak:
(a) Sekiranya anda kehilangan pekerjaan sekarang, adakah anda boleh survive dalam
masa enam bulan ke hadapan?
(b) Adakah anda berjaya menggandakan kekayaan anda semasa
kegawatan ekonomi?
Sekiranya jawapan kepada dua soalan di atas adalah TIDAK,
maka buku ini sepatutnya menjadi bacaan wajib untuk anda.
Kunci dalam mentransformasikan rezeki secupak kepada
segantang, adalah semasa kegawatan ekonomi. Buku ini
menghidangkan strategi ampuh dalam menggunakan
pendekatan praktikal bagi merebut peluang keemasan
semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita lalui
kini.
No reviews found