Save 15%

Be Okay! Membongkar 15 Rahsia Tandatangan #(L53)

Write a review
Old price: RM39.90
RM33.91
You save: RM5.99 (15%)
Ask a question
9789671519844
Out of stock

BE OKAY! Kuasai cara pantas mendalami rahsia tandatangan. Tandatangan adalah unik
lanya adalah gabungan bentuk tulisan tangan dan refleksi personaliti kita.

Mengapa perlu bongkar rahsia tandatangan? Yang pertama untuk memahami matlamat
penciptaan manusia, kedua adalah untuk mensyukuri nikmat juga kelebihan diri dan
yang ketiga untuk menyedari kelemahan diri.

Menjadi hamba dan khalifah adalah matlamat penciptaan kita sebagai manusia. Kita
perlu sentiasa memperbaiki diri kita untuk mencapai kejayaan dunia dan di akhirat
Dengan mengenali diri membantu kita melakukan transformasi diri agar terus
cemerlang.


Buku ini bakal membongkarkan teknik pantas dan cepat bagaimana melalui
tandatangan, boleh membina diri yang kompeten dan berkeyakinan secara personal
mahupun profesional. Antara kelebihan yang lain adalah termasuk

  • Meningkatkan matlamat dan hala tuju yang jitu

  • Mengilap potensi diri

  • Merangsang komunikasi yang berkesan

  • Menjana perhubungan yang efektif

  • Memudahkan untuk memahami pelanggan, rakan bisnes, pasangan, pekerja dan orang disekeliling.


Adakala kita merungut dan tercari-cari kebahagiaan. Tertekan terperangkap dalam
bayangan masa silam. Emosi mudah terusik dan sukar menemukan penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi.

InsyaAllah semua bakal dirungkaikan melalui rahsia tandatangan. Sesungguhnya Allah
tahu apa yang terbaik untuk kita. Berikan masa untuk faham dan kenal diri. Jangan
membataskan potensi dan prestasi, sebaliknya cipta peluang untuk diri sendiri,

Semoga Allah senantiasa membimbing kita untuk memiliki karakter yang hebat,
berkeyakinan, justeru menjadi insan yang memberi manfaat kepada ummal. Rahmatan
lil Alamin. Aamiin

"Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepade apo yang telah
hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan
kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri."
Surah Al-Hadid: 23

No reviews found