Ribut, dengan hujan yang tidak berhenti-henti sentiasa mengembalikan nostalgia pada 35 tahun yang lalu. Semangatnya terasa lemah, hidupnya bagaikan mati buat selama-lamanya. Suasana sedih kembali bertaut di sudut hatinya. Dayang Aisyah tetap setia menanti kerana dia yakin Zahari tidak bersemadi bersama-sama M.V. Pulau Kidjang. Ketiadaan Zahari sedikit terubat dengan kehadiran Narimah. Namun karenah Dayang Aisyah sentiasa menggugah kesabaran Narimah. Pelbagai konflik timbul menyelubungi kisah hidup Dayang Aisyah, Narimah dan keluarga mereka rentetan peristiwa malang M.V. Pulau Kidjang yang tenggelam di muara Sungai Rajang, Sarawak.
No reviews found