Telah berdekad lamanya Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa dan Kubah Sakhrah, tempat permulaan Muhammad S.A.W. Mi'raj untuk bertemu Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, berada di bawah penguasaan Yahudi. Penjajahan Zionis Israel ini menjadi batu penghalang kepada kemerdekaan dan kemajuan rakyat Palestin. Penaklukan ini juga turut menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan politik serantau yang berkenaan.
Berbagai bentuk penindasan dan kekejaman telah dilakukan regim Israel untuk menelan dan menjadikan Baitul Maqdis ibu kota negara haram mereka. Justeru, pembebasan Al-Quds bererti berjuang menentang reactionisme dan merampas kuasa dari tangan boneka imperialisme antarabangsa. Juga merupakan perjuangan untuk kebebasan manusia dari segala bentuk imperialisme dan facisme.
Kandungan:
Kata-kata Aluan Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia Kata-kata Aluan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Persatuan Ulama' Malaysia
1. Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah - Dr. Muhammad al-Ramaadi 2. Sejarah Kejaatuhan Palestin dan Kewujudan Israel - Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
3. Yahudi dan Bani Israel - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri 4. Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi - Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin 5. Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan - Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail 6. An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar In Islamic Jerusalem - Dr. Maher Y. Abu-Munshar 7. Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
8. Gerakan Ulama' Dalam Menangani Isu Palestin - Hj. Abdul Ghani bin Samsudin 9. "Bumi Yang Dijanjikan" Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam - Mohamad Fauzi bin Zakaria
No reviews found