Published March 27th 2010 by: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T)
ISBN 9789673620029
================================
“ Nama eng, Bahlut...Bahlut Takkan Mengalah Begitu Sahaja. ”
Nama eng Bahlut - Nama saya Bahlut
Kisah Bahlut bukanlah kisah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih berumur dan sudahpun bertunang. Ini kisah Bahlut yang sedang mencari dirinya sendiri. Pencarian yang meredah pembauran dan pertembungan budaya - dunia kota dengan dunia suku Semai.
'Perengheg' - Pecut! Begitulah kita dibuai oleh Bahlut dengan kisahnya menjadi atlet trek yang disanjung oleh dunia kota. Juga sebagai lambang pahlawan suku Semai yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halaman.