[TOMO] BAHASA DAN MASYARAKAT oleh TEO KOK SEONG | DBP [T3]

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Buku ini menggarap dan merungkaikan penggunaan bahasa dalam konteks sosial. Pendekatan ini dianggap penting kerana penggunaan bahasa yang sebegini bukan sahaja asas utama kepada semua kegiatan manusia, konteks sosial bahasa juga merupakan maklumat primer tentang masyarakat yang kompleks sifatnya.

Pembacaan buku ini boleh menyedarkan masyarakat mengenai hakikat bahasa dalam konteks sosialnya. Kesedaran ini disebabkan terdapat berbagai-bagai cara berbahasa yang setiap satu caranya berlainan. Hal itu sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk masyarakat dengan bermacam-macam struktur sosialnya.

Kesemua isu dalam buku ini membicarakan penggunaan bahasa sebagai fenomena sosial untuk memperlihatkan hubungan erat antara bahasa dengan masyarakat. Hal ini dilakukan dengan meneliti peranan bahasa dalam pembentukan masyarakat dan cara masyarakat menggunakan bahasa. Melalui dua penelitian ini, hubung kait antara bahasa dengan masyarakat terserlah dengan jitu dalam buku ini.


464 pages, Paperback

First published January 1, 2019

No reviews found