Sinopsis : Sasterawan Negara Arena Wati memang dikenali sebagai intelektual yang naratifnya sentiasa dihasilkan dengan hati yang jujur dan luhur. Kepengarangan dan kekreatifannya diakui begitu berkesan dalam membisikkan pemikirannya menerusi pelbagai genre sastera. Dalam kumpulan cerpen ini, Arena Wati menyampaikan persoalan sosiopolitik pada tahun 1950-an yang kurang diketahui oleh pembaca masa kini. Isu sosiopolitik itu pula bersandar pada zaman penulisnya masih relatif muda dan bergejolak dengan idealisme sebagai karyawan media yang penuh dengan sifat ingin tahu.
Penulis : Arena Wati (Sasterawan Negara)
Bil. Halaman (ms) : 100
No reviews found