Tajuk: Az-Zahabul Ibriz Fi Asrari Khawassi Kitabillahi Al-Aziz
ISBN: 9789674393403
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Penulis: Imam Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 178
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.22 kg
Dimensi (cm): 20.9 cm x 14.1 cm x 0.9 cm
SINOPSIS
Az-Zahabul Ibriz, merupakan sebuah manuskrip karya seorang Tokoh Ilmuwan Agung; Imam Al-Ghazali yang telah diolah oleh Dr Abdul Hamid Shaleh Hamdan buat bacaan umum.
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra’:82)
Ayat ini jelas membuktikan keistimewaan dan mukjizat Al-Quran yang sebenarnya sudah lama diamalkan oleh para Ulama’ dalam usaha merawat tubuh badan insan daripada penyakit-penyakit Zahir mahupun Batin seperti Kusta & Kerasukan Jin.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya (kecuali mati), sebagaimana Hadith Rasulullah SAW; “Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran”. (HR. Ibnu Majah)
Justeru, kitab ini wajar dimiliki oleh setiap Muslim khususnya bagi mendalami & membuktikan sendiri kemukjizatan Al-Quranul Karim beserta kisah-kisah umat terdahulu dalam perubatan Islam.
No reviews found