Kelahiran Hindun Bin Hudzaifah (Abu Umayyah) dalam keluarga terhormat yang berasal dari Bani Makhzum. Kehidupannya penuh limpahan kasih sayang,terutamanya dari ayahnya sendiri, Abu Umayyah, salah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawan. Kehidupannya terjaga, bertemu jodoh pula dengan Abdullah bin Abdul Asad. Kasih sayang dibaja sepanjang masa ,melahir cinta tiada kesudahan.
Kelahiran Salamah, anak sulung mereka, kedua-duanya dipanggil pula Ummu Salamah dan Abu Salamah.
Suaminya bukanlah orang biasa. Ibu Abdullah bin Asad adalah ibu saudara Nabi Muhammad SAW dan beliau juga ada saudara susuan nabi. Panggilan Islam disambut suaminya tanpa ragu dan disahut pula isteri tercinta. Ujian demi ujian, tidak mematahkan rasa cinta sesama insan, apatah cinta pada Allah SWT dan rasul. Perpisahan disebabkan pegangan Tauhid beliau dan suaminya disambut penuh tawakal, hanya berpegang pada Allah Yang Satu. Perpisahan abadi kedua mereka dipegang Ummu Salamah penuh sabar dan reda.
Sayang dan cinta suaminya, mendoakan sekiranya beliau pergi dahulu, penggantinya nanti lebih baik dan mulia darinya. Sesungguhnya pergantungan pada Allah SWT, Ummu Salamah yang ditinggalkan bersama empat orang anaknya akhirnya dipinang sendiri oleh penghulu segala umat manusia, pengganti terbaik yang didoakan arwah suaminya. Yang sepanjang hayat nabi, berdamping di sisi nabi, mencurah pendapat dan sokongan tanpa jemu. Yang seluruh hidupnya disemadikan hanya untuk Allah SWT dan rasul. Perginya beliau, meninggalkan contoh terbaik buat seluruh wanita, kesetiaan isteri solehah, melebihkan urusan akhirat, pendamping suami mencurah kebijaksanaan serta kesabaran yang tinggi menghadapi ujian, pergantungan hanya pada Allah SWT.
No reviews found