Asas kesantunan bahasa ialah kepatuhan kepada sistem bahasa, yang meliputi sistem atau aturan linguistik dan kemudian sistem sosial dan akhirnya aspek pragmatik. Selain itu, edisi ini memuatkan satu bahagian yang membandingkan salah satu aspek kesantunan bahasa, iaitu sistem sapaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Mudah-mudahan buku yang cukup sederhana ini dapat membantu anggota masyarakat, baik penjawat awam mahupun swasta memahami asas-asas kesantunan bahasa untuk meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan khidmat, di samping untuk meningkatkan keharmonian dalam masyarakat, agar kemajuan yang kita capai memenuhi konsep kemajuan yang seimbang dan bersepadu.
No reviews found