Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan Aplikasi ini diilhamkan dan disusun berdasarkan kepakaran dan pengalaman penulis selama dua puluh tahun dalam bidang ini. Antara lain buku ini membentangkan maklumat tentang falsafah dan teori berkaitan ujian psikologi. Turut dibincangkan ialah aplikasi ujian-uijan psikologi yang biasa digunakan kaunselor dan ahli psikologi iaitu uiian personaliti, minat kerjaya, nilai pekerjaan serta beberapa ujian lain yang berkaitan. Buku ini juga memuatkan maklumat profesional dan etika yang berkaitan dengan penggunaan ujian psikologi untuk tujuan praktis oleh para kaunselor dan ahli psikologi.
Buku ini sangat berguna kepada kaunselor, ahli psikologi, pelajar universiti, terutama bagi mereka yang mengambil kursus pengujian psikologi, serta pembaca umum yang berminat terhadap aplikasi ujian psikologi, khususnya ujian personaliti, minat kerjaya, nilai pekerjaan, pencapaian dan kecerdasan.
No reviews found