[AY] MUHAMMAD AL FATEH 'PEMBEBAS KONSTANTINOPEL' [PAK LATIP]

Write a review
RM37.00
Ask a question
Price in points: 37 points
In stock
+

MUHAMMAD AL FATEH PEMBEBAS KONSTANINOPEL

 

Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayahanda kepada Muhammad al-Fateh), "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu," sambil menunjuk kepada Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

 

Baginda mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu-helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

 

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

 

Usahanya tidak sia-sia apabila Kota Konstantinopel yang dikatakan sebagai kota paling kukuh di dunia akhirnya tumbang.

 

Inilah kisah beliau, pembebas Konstantinopel.

No reviews found