[AY] FALSAFAH KETUHANAN HAMKA

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
Out of stock

Buku ini antara karya terbaik yang ditulis oleh Prof Dr. Hamka.

Buku ini tidak menggunakan bahasa falsafah yang berbelit-belit. Maka, ia sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. 

Hamka menulis dengan ayat yang mudah-mudah sahaja tetapi indah. Tidak ada jargon yang susah-susah, sesuai untuk mendekati hati pembaca daripada semua lapisan masyarakat yang mahu mengambil manfaat daripada mutiara-mutiara hikmah seorang Hamka.

Dengan ayat ayatnya yang mudah ini jugalah, Hamka berjaya membawa pelbagai konsep falsafah ketuhanan yang penting seperti Prime MoverNecessary Cause that is uncaused, Wajibul Wujud dan Al-Aql Awwal.

Perbincangan falsafah yang terperinci itu sebaiknya dibiarkan sahaja kepada mereka yang benar-benar mahu mendalaminya. Tetapi untuk orang kebanyakannya, falsafah ketuhanan yang ditulis Hamka ini sudah cukup mudah untuk dihayati tanpa memerlukan perbincangan yang lebih rumit. 

Beliau menjelaskan fungsi dan batas akal terhadap hakikat bertuhan. Hamka mampu mempersembahkan idea-idea dan contoh yang bagus dalam menerangkan hakikat ketuhanan yang membuat pembaca tersedar akan kebesaran-Nya dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

Pembahasan buku ini cukup luas dan sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Memberi kesan bahwa berkembangnya ilmu pengetahuan dan hasil penelitian dan penyelidikan manusia, pada hakikatnya bukan menambah jauh dari Allah, melainkan menambah terbukanya gerbang keimanan.

Semoga kehadiran buku ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kehidupan keislaman kita serta membuka jiwa dan pikiran kita bahwa segala yang ada dalam dunia ini milik Allah SWT.

Membaca buku ini tidak pun menjadikan kita ahli falsafah, tetapi membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan kekuatan hujah bagi meningkatkan martabat iman dan agama, sebuah komitmen untuk menunjukkan bahawa iman itu bukannya serendah bahan tawa sahaja. 

Hamka menyebut dalam buku Falsafah Ketuhanan ini:

Kita berdiri di tepi laut. Kita lihat ombak bergulung. Lalu kita bertanya,

Mengapa ombak itu bergulung?

Kerana udara!

Mengapa udara bergerak?

Karena hawa panas!

Dari mana datangnya panas itu?

Dari matahari ?

Siapa yang meletakkan panas pada matahari ?

…..Diam !

Sebab dan akibat itu ialah tali temali yang berterusan, yang di pangkalnya itulah Tuhan, dan kekuasaan Tuhan menyelimuti setiap arah dan menyelaputi seluruh tali temali sebab musabab itu.

Tali temali sebab musabab itu sendiri datangnya daripada aturan yang juga dicipta oleh Tuhan. Manusia menggelar aturan itu sebagai sains. Kita melihat hujan, lalu kita kata sebabnya ialah penyejatan. Kita lihat penyejatan, lalu kita katakan sebabnya ialah tenaga haba. Tetapi sebab itu terus menerus memerlukan kepada sebab yang lain, sehingga tiba ke Sebab Pertama yang tidak Disebabkan oleh apa-apa Sebab.

Itulah Tuhan yang menyebabkan segala sesuatu termasuklah aturan alam dan tali temali sebab musabab tersebut. Percaya kepada Tuhan penting untuk membentuk sebuah pandang alam yang koheren.

No reviews found